Tuesday, August 17, 2010

Kembali

Salam sejahtera.

Wah, lamanya tak menulis! Err, aku rasa macam dah lupa cara blogging. Oh, sebenarnya entri pertama ini cuma praktis untuk menulis sahaja. Semuanya adalah kerana, aku masih belum ada topik yang ingin diceritakan.

Untuk pengetahuan semua (sebenarnya takde orang pun berminat nak tahu), aku kembali menulis blog kerana ingin mencatat kenangan demi kenangan yang pernah berlaku dalam hidup aku ini. Yalah, cuba kau fikirkan, kalaulah aku sempat capai usia tua (andai masih belum ditarik nyawa), aku mesti kebosanan kan? Jadi, aku fikir-fikir, baik aku tulis blog sekarang, jadi bolehlah aku baca di hari tua nanti. Oleh itu, aku harapkan para pembaca semua janganlah cemburu atau sakit hati dengan usaha aku ini (aku tahu korang tak fikir sejauh ni).

Dalam subjek sejarah sekalipun, perkara lama diungkit-ungkit kembali. Ia membosankan, tetapi memberikan makna yang mendalam pada masa yang sama. Usaha, kejayaan, strategi, kesilapan dan sebagainya, semua perkara ini tercatat dalam sejarah. Ia boleh juga dikatakan sebagai fungsi sejarah itu sendiri. Mungkin fungsi sejarah ini boleh diaplikasikan dalam hidup kita. Ya, hanya mungkin. Jadi, aku ingin mencubanya.

Oh ya. Penulisan di dalam blog ini disertai oleh 2 orang sahabat, Aiman dan Amir Fazwan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan keunikan, mengeratkan ikatan dan mengurangkan habuk di dalam blog (kerana kami adalah pemalas). Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menulis bersama kami, anda dialu-alukan (jangan kata aku tak ajak). Harapnya blog kami ini dapat di-update selalu, dan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca yang memahami diri kami.

Sekian~
(p/s: ayatku tunggang-langgang)

1 comment: