Tuesday, August 31, 2010

merdeka

assalamualaikum semua (^_*)

hahaha..aku sangat la berbesar hati kerana dijemput oleh seekor arnab yg comel untuk menyertai pasukan laki2 pujaan ramai ni.hahahaha..
disebabkan aku mempunyai otot2 seperti kucing baru lepas gado maka jantina aku mungkin kurang dikenal pasti oleh si arnab.hhahahaha

oh blog ni ditulis pada 31 ogos..nampaknya blog ni merdeka dari jajahan laki2 tampan..

selamat menyambut merdeka ya semua~~
jangan lupa usaha org yag berjasa pada negara kita..(^_^)


jadi disebabkan ni penulisan pertama oleh kucing yg tak dikenal pasti jantinanya..maka aku mengenalkan diri aku dulu.
disebabkan aku suke menulis dan mengarang(tapi selalu dikutuk dan direject) maka dalam blog kali ni aku berperanan akan tulis short2 story yang ade dalam pale otak aku.mungkin bertujuan cam iklan dalam blog ni sementara tunggu aiman,amirf dan faiz menulis jalanan hidup mereka..
jadi aku harap kalo bosan2 singgah la bace blog kami ya..(tak bosan pun leh bace..hehehe)

take care semua~~salam

Saturday, August 28, 2010

C++?

Ya.aku baru lepas habis ujian programming..
mcm mane?
macam taik...
hahaha
bayangkan semua kod kena tulis pki pensil/pen..
#include
int main()
{

carutan bermula..blablalba

}
di tempat carutan la masalhnya..
dh la panjang gile statement..syntax skit je..
siot la sape yg buat soklan tu...
takpe2..bru first year..
pastu smlm kelam kabut buat assignment..kena hantar sebelum exam...
damn..
ape lagi..aq pn divide2 ngan bdak2..
nasib ar...
dh ar bnyk..tak larat ar nk buat sndri..
kalau reject...aq malas nk amik tau..
esok exam digital logic..

wish me luck..=)

Tuesday, August 17, 2010

Kembali

Salam sejahtera.

Wah, lamanya tak menulis! Err, aku rasa macam dah lupa cara blogging. Oh, sebenarnya entri pertama ini cuma praktis untuk menulis sahaja. Semuanya adalah kerana, aku masih belum ada topik yang ingin diceritakan.

Untuk pengetahuan semua (sebenarnya takde orang pun berminat nak tahu), aku kembali menulis blog kerana ingin mencatat kenangan demi kenangan yang pernah berlaku dalam hidup aku ini. Yalah, cuba kau fikirkan, kalaulah aku sempat capai usia tua (andai masih belum ditarik nyawa), aku mesti kebosanan kan? Jadi, aku fikir-fikir, baik aku tulis blog sekarang, jadi bolehlah aku baca di hari tua nanti. Oleh itu, aku harapkan para pembaca semua janganlah cemburu atau sakit hati dengan usaha aku ini (aku tahu korang tak fikir sejauh ni).

Dalam subjek sejarah sekalipun, perkara lama diungkit-ungkit kembali. Ia membosankan, tetapi memberikan makna yang mendalam pada masa yang sama. Usaha, kejayaan, strategi, kesilapan dan sebagainya, semua perkara ini tercatat dalam sejarah. Ia boleh juga dikatakan sebagai fungsi sejarah itu sendiri. Mungkin fungsi sejarah ini boleh diaplikasikan dalam hidup kita. Ya, hanya mungkin. Jadi, aku ingin mencubanya.

Oh ya. Penulisan di dalam blog ini disertai oleh 2 orang sahabat, Aiman dan Amir Fazwan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan keunikan, mengeratkan ikatan dan mengurangkan habuk di dalam blog (kerana kami adalah pemalas). Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menulis bersama kami, anda dialu-alukan (jangan kata aku tak ajak). Harapnya blog kami ini dapat di-update selalu, dan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca yang memahami diri kami.

Sekian~
(p/s: ayatku tunggang-langgang)

Wah!

Pada hari ini 17 Ogos 2010 saya, amirfazwan telah diundang utk menjadi author blog ini..
saya sungguh terharu...
huhu